HomeUtamaGRS senada dengan GPS akur keputusan Agong wujudkan Kerajaan Perpaduan

GRS senada dengan GPS akur keputusan Agong wujudkan Kerajaan Perpaduan

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil pendirian senada dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk akur dengan keputusan Yang di-Pertua Agong untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia adalah demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.”GRS berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, bagi memastikan negara maju ke hadapan ianya perlu mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular