HomeUtamaLebih 300 kanak-kanak sertai sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Nabawan

Lebih 300 kanak-kanak sertai sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Nabawan

Read Time:1 Minute, 36 Second

NABAWAN: Lebih 300 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta kanak-kanak kurang upaya dari Nabawan, Sook, Pensiangan dan Keningau menyertai Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Pentas Terbuka Nabawan dan Kompleks Sukan di sini pada Rabu.

Program anjuran United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (Majlis Perkhidmatan Sosial Sabah) itu adalah bersempena Bulan Kebajikan di Sabah.

Hari Kanak-kanak Sedunia ialah hari tindakan global untuk kanak-kanak oleh kanak-kanak. Ia meraikan penerimaan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 20 November 1989.

Tema Hari Kanak-Kanak Sedunia ini iaitu “Kesihatan dan kesejahteraan untuk setiap kanak-kanak” diguna pakai bagi menekankan kepentingan pemakanan yang baik untuk perkembangan tumbesaran kanak-kanak melalui meningkatkan pengetahuan tentang nilai pemakanan makanan tempatan (resepi dan aktiviti penanaman adalah berdasarkan apa yang terdapat di dalam negara) sekali gus memupuk minat kanak-kanak untuk menanam dan mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran tempatan.

Malnutrisi berleluasa di negeri Sabah, seperti di seluruh Malaysia. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 21.8 peratus kanak-kanak di Malaysia terbantut.

Sementara itu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kanak-kanak adalah aset negara yang bukan sahaja memerlukan untuk dilindungi daripada ancaman luar tetapi juga hak dan peluang mereka.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UNICEF Malaysia kerana mengadakan program seperti ini di Negeri Sabah.

“Kami berharap kerjasama ini akan diteruskan agar lebih banyak program berkaitan dapat diadakan untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak dan masyarakat di Sabah,” katanya semasa berucap merasmikan program tersebut.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Penolong Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Myrna Jimenez.

Hadir sama dalam majlis itu Ketua Perhubungan UNICEF Malaysia, Marc Vergara.

Pelbagai aktiviti turut diadakan sempena program itu termasuklah kelas memasak, penanaman, kitar semula, kesihatan dan kebersihan, klinik bola sepak serta sukaneka.

Aktiviti – aktiviti yang dianjurkan itu adalah untuk menggalakkan pemakanan, kesejahteraan, pendidikan, tanpa diskriminasi dan hak kanak-kanak secara amnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya