HomePendapatBerapa harga telur ayam terkini, Naik atau turun?

Berapa harga telur ayam terkini, Naik atau turun?

Read Time:1 Minute, 31 Second

KUALA LUMPUR — Harga telur ayam terus menjadi tanda tanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu masih ‘mengunci mulut’ meskipun perkara itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Anwar sebelum itu memaklumkan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah pada Selasa.

Namun beliau dalam kenyataan semalam hanya menyatakan mengenai langkah mengimport telur daripada beberapa negara sudah dikenal pasti dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.

jika sekadar mahu memberitahu untuk mengimport telur dari negara luar, itu bukanlah suatu tindakan yang tepat kerana negara kita mempunyai kapasiti untuk mengeksport telur, bukan untuk mengimport telur dari negara luar.

malah pengumuman itu juga dilihat tidak cakna dengan isu sebenar yang sedang dihadapi oleh pengeluar telur ini

sampai bila penguatkuasaan harga jualan ini mahu dikuatkuasakan? mengapa Menteri tidak memanggil penternak, pengusaha telur ini untuk mendapakan pandangan daripada mereka?

Tambah Mohamad Sabu di dalam kenyataan itu lagi antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

Iya kita maklum akan syarat-syarat itu, namun dari negara mana ianya akan diambil? Adakah jangka hayat telur ini boleh lama, lebih baik dari keluaran tempatan ? Malah dilihat pengeluar telur tempatan kini semakin ramai menjadikan telur mereka kepada telur yang tidak dikawal harganya ataupun telur premium seperti omega 3 dan juga telur ayam kampung.

Bagaimanapun, Mohamad langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Di Semenanjung, harga siling bagi telur Gred A ialah 45 sen; 43 sen bagi telur Gred B; dan 41 sen bagi telur Gred C.

Di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga siling berbeza mengikut zon dan daerah.

Isu telur ayam mula hangat susulan dakwaan bahawa barangan asas itu semakin berkurangan di pasaran sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya