JPJ Sabah sambut baik cadangan lekat iklan di bas sekolah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyambut baik cadangan memasang iklan di bas sekolah, bagi membantu pengusaha mempunyai sumber pendapatan lain, kata Pengarah JPJ Sabah Dato Abdul Rahman Mohd Zakaria.

Selepas pertemuan dengan Gee Tien Siong, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Abdul Rahman meminta contoh pelekat yang akan digunakan bagi tujuan semakan dan pertimbangan.

Abdul Rahman berkata, jika pelekat tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan, ia akan diseragam dan boleh digunakan untuk semua iklan bas sekolah.

Sementara itu, menurut Ketua Kejuruteraan JPJ Sabah, Mohammad Rashid Ibrahim, pada masa kini, terdapat satu set undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk pengiklanan di bas sekolah dan teksi.

“Pelekat iklan tidak boleh menutupi lebih daripada 40 peratus badan kenderaan dan dilarang sama sekali pada cermin depan.

“Selain itu, iklan mesti ditapis untuk sebarang kandungan sensitif,” jelasnya.

Terdahulu, Gee mengadakan kunjungan hormat kepada Abdul Rahman berhubung cadangan itu, memandangkan kesulitan dan kesusahan yang dialami pengusaha bas sekolah dalam norma baharu pasca Covid, dimana para ibu bapa cenderung memilih menghantar anak mereka ke sekolah dengan kereta persendirian untuk mengelakkan Covid.

“Ini menyebabkan pengendali bas sekolah menghadapi dilema kekurangan penumpang dan dalam masa yang sama mereka juga perlukan pendapatan untuk menampung rutin harian mereka, saya berharap dengan usaha ini sedikit sebanyak mereka dapat memperoleh pendapatan tambahan daripada pengiklanan,” kata Gee.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *