HomeUtamaKami bertanding dalam PRU15 atas tiket GRS, tidak timbul soal 'crossing the...

Kami bertanding dalam PRU15 atas tiket GRS, tidak timbul soal ‘crossing the floor’ – Armizan

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali bersama tiga lagi ahli parlimen Sabah yang menang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini didakwa berlaku kekosongan kerusi “luar jangka” selepas mereka keluar dari parti Bersatu pada 10 Disember lalu.

Mengulas mengenai kenyataan yang dilaporkan oleh naib presiden Bersatu Datuk Ronald Kiandee mengenai nasib empat Ahli Parlimen Sabah selepas nama mereka dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memastikan bahawa telah berlaku kekosongan “luar jangka” membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah yang didakwa ditandingi sebagai ahli Bersatu.

Armizan berkata, itu hak Datuk Seri Ronald untuk mengemukakan pendiriannya. Beliau memahami asas kepada tindakan Ronald.

“Saya faham kekecewaan dan kemarahan Datuk Seri Ronald apabila tidak terpilih sebagai calon GRS, dan hakikatnya inilah bezanya status kami dengan beliau dalam pilihan raya. Kami ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kami bertanding dalam PRU15 atas tiket GRS. Tidak timbul soal ‘crossing the floor’.

“Di Papar, saya menang atas sokongan pengundi di Papar termasuk yang tidak berparti dan ahli-ahli pelbagai parti. Banyak parti bantu saya dalam siri kempen. Selain komponen GRS, saya juga didokong melalui muafakat bersama Barisan Nasional (BN).

“Malah saya juga turut dibantu oleh parti KDM, PAS dan PCS termasuk Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Saya telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Papar oleh para pengundi Papar, bukan ditentukan oleh seorang hero baharu Malaya di Sabah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, naib presiden Bersatu, Ronald Kiandee berkata, pihaknya sudah menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memastikan bahawa telah berlaku kekosongan “luar jangka” membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah yang didakwa ditandingi sebagai ahli Bersatu.

Ronald yang juga ketua Bersatu Sabah, berkata permohonan sudah dibuat kepada Speaker supaya kekosongan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari.

Keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya