HomeIsu tempatanUSIM, UMS hasrat bangunkan pengajian tinggi berfokus pengajian Islam di Sabah

USIM, UMS hasrat bangunkan pengajian tinggi berfokus pengajian Islam di Sabah

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berhasrat untuk mengadakan kerjasama bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menumpukan kepada usaha membangun pengajian tinggi berfokus pengajian Islam dalam bidang yang sealiran antara kedua-dua universiti.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Mansor berkata, salah satu daripada cadangan tersebut adalah bagaimana kedua-dua buah universiti dapat berganding bahu menghasilkan graduan atau modal insan yang mempunyai kombinasi Islam dan budaya.

“Untuk itu, UMS melalui Fakulti Pengajian Islam bakal menggalas usaha ini bersama dengan USIM dalam memperkasakan lagi graduan kelahiran fakulti tersebut.

“Dewasa ini penerapan nilai-nilai Islam dalam bidang akademik telah semakin diterima oleh masyarakat global sebagai penyelesai kepada pelbagai masalah masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat rombongan USIM yang diketuai oleh Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani di Pejabat Naib Canselor UMS.

Dalam pada itu, Sharifudin menjelaskan USIM sebagai universiti awam yang ke-12 ditubuhkan di Malaysia mengaplikasikan pendekatan seimbang antara aspek jasmani dan rohani, dan menerapkan pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang mengintegrasikan ilmu wahyu (Naqli) dan ilmu yang dituntut (Aqli).

Katanya, USIM juga berhasrat untuk menjadi menjadi universiti yang ingin dikenali sebagai “Friend of Borneo” dalam kalangan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“Ini mengambil kira bahawa terdapat beberapa kepakaran yang USIM miliki boleh ditawarkan kepada masyarakat di Sabah menerusi kerjasama dengan UMS.

“Sebagai contoh, USIM berhasrat untuk menerapkan bagaimana elemen-elemen nilai dalam Islam itu boleh mengangkat konsep pelancongan selamat,” katanya.

Ujar Sharifudin, kerjasama ini juga bakal membolehkan lebih ramai anak-anak dari Sabah dapat mengambil kursus-kursus berfokuskan kepada jurusan Islam di Sabah tanpa perlu ke Semenanjung Malaysia atau luar negara.

Hadir sama pada kunjungan hormat tersebut delegasi USIM yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim; Pendaftar, Dato Muhammad Haizuan Rozali; Penolong Naib Canselor (Penjanaan dan Kelestarian Kewangan), Prof Madya Dr Asmaddy Haris; dan Pegawai Khas Naib Canselor, Mohd Saifullah Zulkapli.

UMS pula diwakili Pendaftar, Luqman Ridha Anwar; Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Dr Mohd Dahlan Abd Malek; dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Dr Jakaria Dasan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya