HomeLuar negaraJeddah dilanda banjir, amaran hujan berterusan dikeluarkan

Jeddah dilanda banjir, amaran hujan berterusan dikeluarkan

Read Time:33 Second

JEDDAH: Hujan lebat berterusan melanda Jeddah telah mengakibatkan berlaku banjir di bandar kedua terbesar Arab Saudi itu.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga ke paras lutut selain kenderaan turut terkandas dan jalan terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa Meteorologi Arab Saudi (NCM) memaklumkan hujan dijangka berterusan dan turut menjejaskan wilayah-wilayah Arab Saudi yang lain.

Menurut laporan Astro Awani, antara yang terjejas ialah Asir, Baha, Mekah dan Madinah.

Ini bukan kali pertama banjir berlaku di negara itu.

Pada tahun 2009, banjir menyebabkan 120 terkorban, manakala pada tahun 2011, 10 individu maut.

Tahun lepas kerajaan Arab Saudi memperuntukan AS$106 juta bagi menaik taraf sistem perparitan di Jeddah.

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular