HomeSukanPiala AFF : Harimau Malaya tagih sokongan kuat peminat menentang Singapura malam...

Piala AFF : Harimau Malaya tagih sokongan kuat peminat menentang Singapura malam ini

Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang perlawanan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam ini.

Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata peminat sentiasa memberi sokongan yang diperlukan pasukannya setakat ini, namun malam ini, sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura.

“Seperti selalunya saya rasa peminat bola sepak Malaysia memberi sokongan padu, yang amat dihargai, tetapi kami memerlukan sokongan istimewa daripada peminat bola sepak Malaysia untuk pemain-pemain Harimau Malaya.

“Esok (hari ini) akan kami jadikan seperti festival, jadi semua datanglah memberi sokongan kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik untuk berjuang demi anda,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil di sini, semalam.

Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.

Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri malam ini, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol ‘epik’ lewat permainan – penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir.

Menurut perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia setakat malam tadi, lebih 43,000 tiket telah dijual menjelang pertembungan malam ini. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya