HomeIsu tempatanPAMS, Athena Forwarding bantu mangsa fenomena air pasang & ombak besar Kg...

PAMS, Athena Forwarding bantu mangsa fenomena air pasang & ombak besar Kg Forest

Read Time:1 Minute, 4 Second

SANDAKAN: Persatuan Anak Malaysia Sabah (PAMS) dengan kerjasama Athena Forwarding Sdn. Bhd tampil membantu mangsa fenomena air pasang dan ombak besar di Kampung Forest, di sini.

Sumbangan berupa air botol dan makanan telah disampai oleh Pengarah Urusan Athena Forwarding, K.T.Tan kepada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Pengerusi PAMS, Rosdy Wasli berkata, persatuan itu telah melancarkan misi kemanusian membantu mangsa fenomena air pasang dan ombak besar sejurus bencana alam itu melanda pada 25 Disember 2022.

“Usaha ini telah dilaksanakan melalui konvoi Misi Kemanusian dari Kota Kinabalu ke Sandakan”.

“PAMS merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu rakyat kurang bernasib baik yang menghadapi musibah sama ada kebakaran, banjir, tanah tuntuh, COVID-19 dan lain-lain”, katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan dekat sini.

Rosdy turut mengucapkan terima kasih kepada K.T.Tan yang sudi bersama-sama memberi sumbangan kepada mangsa fenomena air pasang dan ombak besar di Kg Forest.

Katanya, usaha seumpama itu akan diteruskan sebagai salah satu program khidmat masyarakat (CSR) bersama rakyat yang memerlukan bantuan.

Fenomena air pasang besar yang melanda pada malam 24 Disember lalu mengakibatkan 110 rumah bertiang atas air di Kampung Forest roboh, namun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam kejadian tersebut fenomena berkenaan telah menyebabkan 70 buah rumah musnah dan semua penghuni tinggal sehelai sepinggang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular