HomeIsu tempatanProjek Kebun Komuniti Komitmen FPP UMS Bantu Tingkat Kesejahteraan Psikologikal Generasi Muda

Projek Kebun Komuniti Komitmen FPP UMS Bantu Tingkat Kesejahteraan Psikologikal Generasi Muda

Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Projek Kebun Komuniti hasil kerjasama Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama lima organisasi lain merupakan komitmen FPP khususnya dalam membantu meningkatkan kesejahteraan psikologikal generasi muda.

Menurut penyelaras projek, Dr. Getrude Cosmas yang merupakan pensyarah kanan di FPP, projek tersebut merupakan satu platform yang dapat mendedahkan generasi muda dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang aktiviti berkebun.

“Projek Kebun Komuniti ini diusahakan dengan kerjasama UMS bersama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS), Persatuan Psikososial Sabah, Kaiduan Agriculture Training Center (KATC), SK. Kaiduan, Papar dan WRS Kelab Pacuan Empat Roda, dan mendapat sokongan dana dari MPMS menerusi Geran Program Sosial Kanak-kanak Tahun 2022.

“Kemahiran insaniah seperti kerja kumpulan, interpersonal dan komunikasi juga diterapkan bagi membantu dalam meningkatkan kesejahteraan psikologikal pelajar SK Kaiduan, pelajar UMS dan peserta lain secara amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu acara sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2023 bersama rakan-rakan kerjasama yang terlibat dalam Projek Kebun Komuniti di KATC baru-baru ini.

Menurut beliau, sepanjang aktiviti tersebut pelajar seramai 73 peserta berpeluang membersihkan tapak tanaman, menyemai, membaja, memasukkan tanah ke polibag dan menanam pelbagai jenis sayur seperti tomato ceri, sawi, sayur manis, labu putih, bayam merah, ubi manis dan terung.

“Selain bercucuk tanam, para peserta yang mewakili pelbagai organisasi berpeluang berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain menerusi aktiviti yang dijalankan pada sebelah pagi sehingga tengahari.

“Pada sebelah petang pula, tiga aktiviti serentak diadakan iaitu aktiviti berkebun di Taman HIP (Highly Immersive Programme) di SK Kaiduan, aktiviti mewarna gambar yang bertemakan kebun komuniti untuk murid tahun 2 hingga 4 dan aktiviti mengarang untuk murid tahun 5 dan 6,” katanya.

Dalam pada itu, Gertrude memberitahu acara sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2023 bersama rakan-rakan kerjasama tersebut diadakan bagi meraikan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Projek Kebun Komuniti.

“Acara ini sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta projek, termasuk 34 orang pelajar SK Kaiduan dan lima orang staf KATC.

“Guru dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Cikgu Jolifulizan Jais turut berkesempatan berkongsi tentang peluang dan syarat kemasukan ke MRSM kepada pelajar sebagai menyuntik semangat murid-murid SK Kaiduan untuk melanjutkan pelajaran di MRSM,” katanya.

Pada akhir acara tersebut juga katanya pihak UMS dan MRSM berkesempatan memberikan sumbangan hadiah berbentuk beg dan peralatan alat tulis kepada pelajar sekolah.

“Diharap program kolaborasi antara pelbagai agensi ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan bukan hanya dalam bentuk akademik tetapi juga psikologikal khususnya kepada pelajar di pedalaman Sabah,” ujar Gertrude.

Hadir sama dalam acara tersebut Guru Besar SK Kaiduan, Uzair Kee Yahya; Pengurus Kaiduan Eco-Farm, Rebekah Alpeus; dan pensyarah FPP, Dr. Patricia Joseph Kimong.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya