HomeSukanKebajikan bekas pemain bola sepak, atlet sukan terjaga menerusi persatuan - Ellron

Kebajikan bekas pemain bola sepak, atlet sukan terjaga menerusi persatuan – Ellron

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan persatuan khusus untuk bekas pemain bola sepak ataupun atlet sukan lain telah memudahkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bagi menyalurkan bantuan-bantuan yang sewajarnya untuk menjaga kebajikan ahli.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, The Sabah Ex-State Footballers Association merupakan salah satu persatuan bekas atlet sukan yang ditubuhkan pada tahun 2016 untuk tujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang suatu ketika dulu pernah menjadi bualan masyarakat dalam arena sukan Bola Sepak.

“Persatuan ini mempunyai sejumlah 137 ahli yang berdaftar dan berumur 45 tahun ke atas.

“Bekas-bekas pemain bola yang pernah mewarnai arena sukan bolasepak negeri sehingga mengharumkan nama Sabah ke persada antarabangsa dan kebangsaan wajar mendapat pengiktirafan menerusi bantuan-bantuan yang disalurkan,” katanya.

Ellron berkata demikian semasa berucap di Majlis 3rd Reunion Jasamu Dikenang The Sabah Ex- State Footballers Association, di Hotel Shangri-La di sini semalam.

Menurut Ellron, atas jasa-jasa dan penglibatan dalam sukan bolasepak, mereka wajar diberikan penghargaan kerana telah memberikan prestasi terbaik semasa mereka mewakili Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebagai salah seorang bekas atlet juga, saya amat memahami apa yang dihadapi oleh bekas atlet lain sekiranya sudah bersara dan tidak aktif lagi dalam dunia sukan, justeru itu saya menerusi KBSS akan sedaya upaya membantu mereka yang terkesan dengan bantuan-bantuan yang disalurkan,” kata Ellron yang juga merupakan atlet kebangsaan pada tahun 80’an.

Tambah beliau, selain itu atas keprihatinan kepada warga atlet yang bakal bersara mahupun tidak lagi aktif dalam dunia Sukan, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk atlet Sabah bermula pada tahun ini.

“Caruman ini juga memberikan satu batu loncatan untuk warga sukan untuk berlatih lebih gigih dan pastinya menjadi kesinambungan caruman apabila sudah beralih ke fasa alam pekerjaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ellron bersama-sama pegawai tertinggi KBSS dijangkakan akan bertolak pada ke Kuala Lumpur hari ini, dijadualkan akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh isnin ini di Menara KBS, Putrajaya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya