HomeUtamaPenjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Read Time:1 Minute, 10 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM45,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, antara September 2016 dan Januari 2017.

Zulfikar Khomeini Asli, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, dia didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada pengurus sebuah syarikat kilang sawit yang dimasukkan ke dalam akaunnya di Maybank, Jalan Haji A. H. Tengah, Sipitang pada 20 Sept 2016.

Bagi pertuduhan enam hingga 16 pula, dia didakwa telah diberikan suapan berjumlah RM25,000 daripada pengurus kilang yang sama dan dimasukkan dalam bank yang sama, antara 2 hingga 7 Jan 2017.

Zulfikar didakwa gagal melaporkan pemberian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee, manakala Zulfikar diwakili peguam Syed Anwar Shariff Abdullah dan Wilson Chang.

Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Feb depan untuk sebutan semula kes.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya