HomeLuar negaraAngkara Kartel : 47 mayat ditemui dibawah lantai kelab malam

Angkara Kartel : 47 mayat ditemui dibawah lantai kelab malam

Read Time:53 Second

MEXICO CITY: Pihak berkuasa negara ini menemui sebuah kubur yang ditanam dengan 47 mayat dalam guni di bawah lantai sebuah kelab malam di Tenango del Valle.

Penemuan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Kartel Generasi Baharu Jalisco terbongkar minggu lalu berikutan penahanan sembilan individu yang didakwa anggota kartel paling kejam di negara itu.

Suspek membawa anggota polis ke sebuah gudang perindustrian yang bertukar menjadi kelab malam di Tenango del Valle, kira-kira sejam dari Mexico City.

Semua mayat berkenaan ditemui selepas polis terpaksa menggunakan penggali tapak bangunan untuk memecahkan lantai bangunan di kejiranan La Joya.

Pegawai penyiasat terkejut dengan penemuan kubur pembunuhan beramai-ramai di bawah tanah, di mana sekurang-kurangnya 20 mayat ditemui.

Sebanyak 47 guni berisi mayat manusia dikeluarkan untuk pemeriksaan forensik.

Jumlah sebenar mangsa dan identiti mereka masih belum diketahui.

Pakaian lelaki dan wanita turut ditemui di tapak berkenaan. 

Polis turut dibawa ke beberapa lokasi berbeza, termasuk gudang di Tenango del Valle.

Antara yang ditahan ialah ketua kartel, Jaime Luis ‘El Pozolero’, yang dituduh menculik seorang wanita di Tenancingo tahun lalu. – AGENSI

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya