HomeIsu tempatanTragedi bot karam, seorang nelayan dikhuatiri hilang

Tragedi bot karam, seorang nelayan dikhuatiri hilang

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki karam dipukul ombak dalam satu kejadian berhampiran Karambunai Nexus Resort dekat sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.11 pagi tadi (25 Jan) mengenai sebuah bot nelayan dipercayai karam akibat dipukul ombak berhampiran kawasan Karambunai Nexus Resort.

“Maklumat awal yang diperolehi terdapat tiga orang mangsa lelaki terlibat, dua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke pantai manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

“Pasukan Bomba bertindak menggunakan kaedah Surface Searching menggunakan bot di tepi pantai kerana keadaan ombak yang kuat menyukarkan pergerakan bot ke laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua mangsa yang selamat dikenali sebagai Modilis Morris, 41, dan Masran Awangku, manakala mangsa yang masih hilang iaitu Morris Dulin, 69.

Sementara itu agensi lain turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta 15 bot nelayan (orang awam).

Bagaimanapun, menurut PGO, sehingga kini mangsa yang hilang belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya