HomeUtamaKetua Menteri serah kenderaan rasmi kepada 21 pejabat kawasan UPPM

Ketua Menteri serah kenderaan rasmi kepada 21 pejabat kawasan UPPM

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sebanyak 21 buah kereta jenis hilux kepada 21 pejabat kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di lobi utama Menara Kinabalu, hari ini.

Beliau menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) daripada 21 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada fasa ke-2 penyerahan kenderaaan rasmi itu.

Hajiji berkata, setiap pejabat UPPM di 73 kawasan DUN akan menerima sebuah
kenderaan rasmi yang bertujuan memberi kemudahan kepada PPM dan pegawainya
untuk melawat kawasan dan kampung-kampung terutama sekali di luar bandar.

“Saya berharap dengan adanya kenderaan rasmi untuk UPPM, maka pegawai-pegawai
kita dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan dengan lebih lancar dan berkesan”, katanya.

21 pejabat kawasan UPPM yang menerima kenderaan rasmi hari ini ialah Sulaman,
Petagas, Tanjung Keramat, Segama, Gum-Gum, Bongawan, Tanjung Kapor, Kadamaian, Tamparuli, Inanam, Likas, Luyang, Tanjung Aru, Moyog, Membakut, Kundasang, Melalap, Sekong, Karamunting, Sulabayan dan Merotai.

Sebanyak tujuh buah kenderaan rasmi telah diserahkan kepada tujuh pejabat kawasan UPPM iaitu DUN Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk pada fasa pertama penyerahan pada 25 Oktober 2022.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar dan Pengarah UPPM Negeri, Datuk Awang Kadin Tang.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular