HomeIsu tempatanBanjir : Dua PPS ditutup di Paitan, Telupid

Banjir : Dua PPS ditutup di Paitan, Telupid

Read Time:53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing di daerah Paitan dan Telupid ditutup pagi tadi menjadikan jumlah mangsa terjejas banjir dan kebakaran di Sabah berkurang kepada 491 mangsa melibatkan lima daerah di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, jumlah mangsa yang ditempatkan di lapan buah PPS setakat jam 12 tengah hari tadi itu melibatkan 144 ketua isi rumah (KIR).

Antara daerah terjejas adalah di Paitan; Telupid; Beluran; Beaufort dan Tawau.

“Daripada jumlah mangsa yang terjejas, seramai 39 mangsa melibatkan tujuh KIR adalah mangsa kebakaran dan telah dipindahkan di PPS Masjid Al Munawwaroh Kampung Jawa.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, Beaufort merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 200 orang; Telupid (174 mangsa); Beluran (48 mangsa) dan Paitan (30 mangsa),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sementara itu, tiga PPS di Telupid masih dibuka sehingga kini; Beluran (dua PPS) diikuti Paitan dan Beaufort masing-masing satu PPS dibuka.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini mencatat penurunan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar terima kunjungan Duta Uruguay

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya