HomeIsu tempatanPKK terima 392 pelajar baharu sesi II 2022/23

PKK terima 392 pelajar baharu sesi II 2022/23

Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Seramai 392 orang pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah mendaftar bagi Sesi II 2022/2023.

Minggu Suai Kenal (MSK) yang diadakan bermula 29 Januari lalu dan berakhir hari ini turut melibatkan semua pelajar baharu selain bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang institusi.

Pengarah PKK Dullah Muluk berkata, para pelajar mampu untuk menjadi agent-of-change atau dalam Islam disebut dengan istilah Khairul Ummah (ummah terbaik) yang membawa obor ilmu pengetahuan.

“Tanpa anda sedari, anda adalah generasi yang celik dan cakna kepada teknologi sebagai persediaan untuk menghadapi fast-paced environment,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Selain itu, Dullah menyeru agar para pelajar untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di kampus.

“Saya juga menyeru agar anda bergiat aktif di dalam bidang sukan, kokurikulum, persatuan dan aktiviti akademik lainnya,” katanya.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian dan Penutupan Minggu Suai Kenal Sesi II 2022/2023 adalah Timbalan Pengarah Akademik Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Md Syadiqin Awang Adi @ Jumaat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ts. Saril Yusop serta tujuh Ketua Jabatan Akademik lainnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya