HomeUtamaKPDN Sabah komited perkasa FBM di negeri ini

KPDN Sabah komited perkasa FBM di negeri ini

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah terus komited untuk memperkasa program Food Bank Malaysia (FBM) khususnya di negeri ini dengan menempatkan mesin pembungkusan makanan ‘retort’ di premis pengusaha industri makanan.

Inisiatif ini adalah bagi membantu rakyat dan pengguna dalam memanfaatkan lebihan makanan yang masih elok dan selamat untuk dimakan daripada pembaziran.

Sebagai perintis kepada projek ini di negeri ini, KPDN Sabah telah menyerahkan satu unit mesin pembungkusan retort semalam kepada BTC Maju Holding Sdn. Bhd. melalui Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan Datuk Abdul Kadir M.E Sikkandar.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, inisiatif ini merupakan kaedah terbaik dalam mengendalikan lebihan makanan yang dihasilkan oleh industri makanan, peruncitan, hotel dan restoran.Katanya, ini sekali gus dapat membantu mengurangkan kadar pembaziran dalam negara.

“Teknologi pembungkusan Retort adalah kaedah pengawetan makanan tanpa menggunakan bahan kimia serta menggunakan teknik aseptik iaitu bebas dari sebarang mikroorganisma membiak.

“Ianya menggunakan haba yang tinggi (pensterilan) untuk membunuh atau melumpuhkan bakteria yang berbahaya.

“Jangka hayat lebihan makanan yang melalui proses retort ini juga mampu ditingkatkan antara 18 hingga 24 bulan,”‘ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, pelaksanaan proses pembungkusan secara retort di bawah Program FBM melibatkan pelbagai pihak iaitu Sekretariat Food Bank Malaysia (SFBM), KPDN Negeri, industri perhotelan, katering dan pengeluar produk makanan.

Katanya, golongan sasar bagi program ini pula tertumpu kepada Keluarga yang tergolong kurang berkemampuan dalam kumpulan B40.

“Ia akan diutamakan kepada keluarga mempunyai tanggung Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas, Keluarga yang mengalami atau terkesan oleh bencana alam seperti banjir dan kebakaran, Pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40 (diutamakan kepada pelajar yang lahir dari keluarga berpendapatan bawah RM 1,000) serta Pelajar yang memerlukan dan dikenal pasti dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Georgie berkata, KPDN Sabah amat mengalu-alukan syarikat-syarikat atau pasar raya yang berpontensi untuk menjadi penyumbang kepada projek ini sekaligus dapat membantu dalam mengurangkan kadar pembaziran dalam negara.

Pada masa yang sama katanya, inisiatif ini dapat membantu rakyat dan pengguna dalam memanfaatkan lebihan makanan yang masih elok dan selamat untuk dimakan daripada dibazirkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular