HomeIsu tempatanMaritim Malaysia gagalkan cubaan penyeludupan rokok tidak bercukai

Maritim Malaysia gagalkan cubaan penyeludupan rokok tidak bercukai

Read Time:1 Minute, 31 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok kretek di perairan Tawau, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sejurus menerima maklumat mengenai aktiviti penyeludupan itu, pihaknya segera mengesan dan menahan bot serta suspek yang terlibat.

“Lebih kurang jam 6 pagi tadi,sebuah bot penumpang yang bergerak dari Pulau Sebatik menuju ke Jeti CIQ Tawau telah ditahan dan diperiksa di kedudukan O.5 batu nautika selatan Jeti CIQ Tawau.

“Seorang juragan lelaki tempatan berusia 33 tahun bersama seorang penumpang wanita warga Indonesia berumur 48 tahun berada di dalam bot tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas muatan yang dibawa bot tersebut telah menemukan 28,000 batang rokok kretek yang disembunyikan di dalam guni yang berisi muatan pisang dipercayai cuba diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, juragan bersama penumpang serta muatan dan bot ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan termasuk bot beserta enjin adalah dianggarkan bernilai RM43,000.

“Bagi kesalahan pertama penyeludupan rokok, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan itu dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan itu,atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,”katanya.

Katanya, penguatkuasaaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya di perairan Tawau.

“Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi,” katanya.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya