HomePolitikNorazlinah sedia disiasat SPRM sekiranya Shafie punya bukti kukuh

Norazlinah sedia disiasat SPRM sekiranya Shafie punya bukti kukuh

Read Time:1 Minute, 25 Second

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif sedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tindakan meninggalkan Parti Warisan (WARISAN) baru-baru ini.

Katanya, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal boleh mengemukakan bukti kukuh sekiranya beliau ada menerima imbuhan untuk menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selepas bertindak keluar dari parti itu.

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM sekiranya Shafie ada bukti kukuh. Saya beberapa kali menafikan sebelum ini kerana saya difitnah kemudian berani bertindak untuk membuat laporan polis.

“Saya keluar WARISAN dengan rela hati kerana tidak lagi setuju dengan hala tuju parti yang tidak konsisten. Jika ada bukti dan minta dilaporkan secara rasmi kepada SPRM,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Norazlinah berkata, sejak mutakhir ini tindakan Warisan yang enggan menyatakan sokongan seperti dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU15) sehingga ke insiden Langkah Kinabalu menyifatkan perkara ini sudah tidak sihat untuk Sabah.

“Keadaan Polemik politik perlu berakhir, agar semua ADUN diberikan peluang untuk menjalankan tugas serta memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan masing-masing.

“Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara terperinci, Jangan heret ADUN serta parti ke kancah perebutan kuasa,” katanya.

Semalam, Shafie ketika di Dewan Rakyat mendakwa tiga ADUN Sabah meninggalkan parti itu untuk menyokong Ketua Menteri, Hajiji Noor minggu lalu kerana ‘dibeli’.

“Baru saja, apabila saya baru nak balik umrah ketika di Mekah, (saya dapati) tiga orang Adun saya kena beli,” katanya.

Beliau merujuk Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) yang kini merupakan wakil rakyat bebas.

Bekas ketua menteri Sabah itu turut mendakwa beberapa wakil rakyat Warisan juga ‘dibeli’ ketika pentadbiran bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

“Daripada 23 orang, kini tinggal 16. Ini saya dengar ada lagi nak ‘dibeli’,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya