HomeUtamaKukuhkan kelestarian pengurusan sumber ikan

Kukuhkan kelestarian pengurusan sumber ikan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan Sabah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengekalkan kelestarian pengurusan sumber perikanan di negeri ini.

Pengarahnya, Azhar Kassim berkata, antara yang dilaksanakan ialah berkolaborasi dengan agensi penguatkuasaan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil tanggungjawab bersama menjaga perairan dalam konteks perikanan.

Katanya, ini kerana Sabah merupakan negeri pengeksport ikan terbesar ke Semenanjung Malaysia dan luar negara.

“Dari semasa ke semasa, kita menambah anggota penguatkuasaan bagi memperketatkan kawalan bertujuan menangani masalah pencerobohan nelayan asing yang semakin meluas di Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut China Selatan.

“Selain itu, kita juga  memasang tukun tiruan di pesisir pantai bagi memastikan sumber terpelihara dan tangkapan ikan sentiasa meningkat, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2), Brigedier Jeneral, Wan Edenin Wan Mahsin dan rombongan.

Menurutnya, kunjungan berkenaan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti ATB yang merupakan ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia turut terlibat dalam menjaga keselamatan pantai timur Sabah dengan pelbagai agensi antaranya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya