HomeIsu tempatanUMS, IFEA jalin kerjasama laksana program latihan industri makanan

UMS, IFEA jalin kerjasama laksana program latihan industri makanan

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan International Future of Education Association (IFEA) menjalin kerjasama dua hala bagi pelaksanaan beberapa program latihan industri makanan di dalam dan luar negara.

Kerjasama itu meliputi Program Sijil Auditor Halal Antarabangsa, Program Kesedaran Industri Halal, Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, memorandum perjanjian (MoA) tersebut merupakan satu bentuk kerjasama yang signifikan dalam menyebar luas ilmu dan latihan berkaitan keselamatan makanan dan jaminan halal khususnya dalam kalangan industri makanan di dalam dan luar negara.

Tambahnya melalui MoA tersebut dapat memberi impak positif kepada pemain industri makanan khususnya di negeri Sabah dan Malaysia secara amnya.

“Selain itu, usaha sama ini juga secara tidak langsung dapat memacu usaha kerajaan dalam memastikan penghasilan makanan yang bersih dan selamat atau ‘halalan toyyiban’ dalam kalangan industri dan seterusnya menjamin ketersediaan makanan masyarakat dan kesejahteraan pengguna.

“Ini selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 dan juga Pelan Induk Industri Halal 2030 yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini,” ujar Kasim.

Justeru kata Kasim, pihaknya yakin MoA tersebut akan memberi manfaat dan faedah yang sangat besar dalam meningkatkan keterlihatan UMS di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya mendoakan agar pemeteraian MoA ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama dan usaha sama kedua-dua belah pihak pada masa hadapan, khususnya dalam latihan dan konsultasi berkaitan keselamatan makanan dan jaminan halal,” tambahnya.

Majlis menandatangani MoA itu disempurnakan oleh Kasim bersama Presiden IFEA, Nicholas Hsiu Wei Kong di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS.

IFEA merupakan sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) yang dibentuk oleh individu, syarikat dan institusi pendidikan dan lain-lain yang berkaitan untuk mempromosikan pendidikan dan kerjasama antarabangsa dengan menggalakkan hubungan budaya, akademik pendidikan, latihan dan kesukanan termasuklah universiti-universiti di Malaysia, China, Taiwan, Jepun dan Korea. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya