HomeUtamaMSPO diperkenal pastikan pengeluaran minyak sawit secara mampan

MSPO diperkenal pastikan pengeluaran minyak sawit secara mampan

Read Time:1 Minute, 54 Second

LAHAD DATU : Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diperkenalkan bagi memastikan pengeluaran minyak sawit dilaksanakan secara mampan selain memperkukuh imej industri sawit di negara ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching berkata, pelaksanaan skim itu adalah berdasarkan kepada peraturan dan amalan kemampanan yang memberi faedah kepada pekebun kecil.

Katanya, antaranya seperti pengurusan Amalan Pertanian Baik (GAP), pematuhan kepada pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar dan peningkatan kualiti buah sawit, yang akhirnya meningkatkan pendapatan.

“Kerajaan melalui MPOB komited untuk memastikan penanam sawit dapat memenuhi kriteria Pensijilan MSPO. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menyediakan bantuan merangkumi kos yuran Pensijilan MSPO, latihan berkaitan MSPO, penyediaan rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE).

“Kerajaan melalui MPOB giat melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan pembangunan pekebun kecil sawit persendirian.

“Antaranya ialah Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Sabah peringkat Lahad Datu di sini semalam.

Aminah berkata, bagi TSPKS, sebanyak 134 permohonan telah diluluskan di Sabah yang merangkumi keluasan 590.51 hektar kawasan tanaman sawit.

Katanya, bagi daerah ini, sebanyak lima permohonan TSPKS telah diluluskan dengan kawasan tanaman sawit seluas 31.76 hektar.

“Manakala, bagi Skim IPPKS, sebanyak 34 permohonan telah diluluskan di Sabah dengan jumlah keluasan tanaman sawit adalah 169.26 hektar. Sukacita dimaklumkan bahawa enam permohonan IPPKS telah diluluskan di daerah Lahad Datu, dengan keluasan 25.28 hektar.

“Skim ITe bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian,” katanya.

Sementara itu, Aminah berkata, sebanyak 184 projek integrasi ternakan di Sabah telah diluluskan sehingga 31 Januari lalu yang terdiri daripada 128 projek ayam dan 56 projek itik.

Katanya, bagi daerah ini sebanyak lima projek telah diluluskan yang terdiri daripada dua projek ayam dan tiga projek itik.

“Skim ITa pula diperkenalkan dengan objektif untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum.

“Program integrasi ini melibatkan tanaman kontan pisang, jagung, tembikai, betik, dan nanas.

“Sehingga akhir bulan Januari 2023, sebanyak 18 permohonan telah diluluskan di Negeri Sabah yang terdiri daripada enam projek pisang, 11 projek nanas dan satu projek tembikai,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya