HomeIsu tempatanSekumpulan dermawan beri sokongan kepada Asrama San Damiano

Sekumpulan dermawan beri sokongan kepada Asrama San Damiano

Read Time:1 Minute, 5 Second

KIULU: Sekumpulan dermawan telah kembali untuk tahun keempat berturut-turut bagi memberikan sokongan kepada Asrama San Damiano di Kiulu.

Mereka mengadakan lawatan ke asrama itu pada Ahad dan memaklumkan hasrat mereka untuk mengajar memasak kepada 115 pelajar sebagai sebahagian daripada kerja sukarela mereka.

Kumpulan dermawan yang diketuai Collin Tan itu menyatakan demikian selepas menyerahkan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan lain kepada asrama yang menempatkan 69 perempuan dan 46 lelaki berusia antara 11 hingga 19 tahun itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu. Turut hadir Penasihat Asrama San Damiano, Sr Jane Sandulan.

Joniston memuji para dermawan atas keikhlasan mereka dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran hidup praktikal untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan sokongan di kalangan penghuni Asrama San Damiano dan sukarelawan.

“Memasak dan berkongsi makanan boleh menjadi aktiviti sosial dan membina komuniti, membolehkan penduduk berhubung antara satu sama lain dan sukarelawan. Ini boleh mewujudkan semangat kekitaan dan meningkatkan kesejahteraan sosial,” katanya.

Sementara itu, Sr Jane melahirkan meluahkan ucapan terima kasih kepada para dermawan atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap keperluan dan kesejahteraan warga Asrama San Damiano.

Katanya, mereka menantikan kemahiran latihan memasak, yang beliau percaya boleh memberi kesan ketara kepada kualiti hidup dan kesihatan penghuni Asrama San Damiano.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

550 Pelajar POLYCC sertai FGD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya