HomeUtamaJKNS berjaya laksana pendermaan organ kedua di Sabah tahun ini

JKNS berjaya laksana pendermaan organ kedua di Sabah tahun ini

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah berjaya melaksanakan pendermaan organ kedua di Sabah bagi tahun ini.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, ia melibatkan seorang penderma wanita tempatan berusia 60 tahun iaitu mendiang Laini Sukat.

Katanya, mendiang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan disahkan meninggal dunia di Hospital Ranau.

“Pihak keluarga telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa mendiang pernah berhasrat menderma organ setelah pemergiannya dan seluruh ahli keluarga terdekat menyokong hasrat murni tersebut.

“Kes ini kemudian dirujuk ke Pusat Sumber Transplan Sabah, Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk penilaian kesesuaian, pengurusan logistik dan koordinasi pendermaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, pendermaan sepasang kornea (mata) telah disempurnakan di HQE dan pembedahan transplan kornea turut berjaya dijalankan ke atas dua orang penerima transplan di HQE.

Katanya, JKNS merakamkan ucapan takziah dan merakamkan setinggi- tinggi penghargaan serta terima kasih di atas kemuliaan hati penderma dan seluruh ahli keluarga kerana memberikan anugerah kehidupan kepada pesakit yang memerlukan.

“Semoga roh mendiang berehat dalam damai dan pihak keluarga diberi kekuatan menghadapi waktu yang sukar ini.

“JKNS turut merakamkan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (IPD Ranau) dan Mahkamah Negeri Sabah (Mahkamah Majistret) di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kes yang melibatkan medikolegal ini,” katanya.

Tambahnya, JKNS turut menyeru orang ramai untuk tampil mendaftar sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera dan memaklumkan hasrat murni tersebut kepada ahli keluarga terdekat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kemakmuran, keharmonian sosial dibina atas nilai keadilan – Masidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular