HomeIsu tempatanMaritim Malaysia aktifkan carilamat nelayan dikhuatiri lemas

Maritim Malaysia aktifkan carilamat nelayan dikhuatiri lemas

Read Time:1 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan telah mengaktifkan Operasi Carilamat bagi mengesan dan mencari seorang nelayan yang dikhuatiri jatuh ke laut di perairan Pulau Manukan awal petang tadi.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia Sabah telah menerima panggilan kecemasan daripada pemilik bot terbabit petang tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, tekong bot menyedari kehilangan mangsa La Edi,24, seorang warganegara Indonesia sekitar jam 9 pagi tadi semasa bot berada 5 batu nautika dari Pulau Manukan. 

“Ketika hilang, mangsa berkemungkinan tidak berbaju dan berseluar pendek warna hitam.   Operasi Carilamat telah diaktifkan pada jam lebih kurang 3 petang tadi. Pasukan mencari dari lain-lain agensi sahabat turut dimaklumkan bagi membantu pencarian mangsa.

“Bot peronda Maritim Malaysia, Bot Pengawal 38 telah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosli berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung jam 7 pagi esok.

Katanya, Maritim Malaysia memohon kerjasama daripada komuniti maritim sekiranya menemui sebarang petunjuk atau maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi dan melaporkan penemuan atau petunjuk kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah  088-387774 atau 999 (MERS). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya