HomeUtamaAnwar serah kepada Kerajaan negeri bentuk Kerajaan Perpaduan Sabah

Anwar serah kepada Kerajaan negeri bentuk Kerajaan Perpaduan Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri akan diserahkan kepada pemimpin di Sabah untuk berbincang dan memutuskan perkaran berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sebelum ini mahu semua parti dijemput untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah.

Bagaimanapun, perkara itu kini diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan berikutan apa yang berlaku sebelum ini.

“Kedudukan kita ialah kita jemput semua pihak. Tapi saya fikir berdasarkan apa yang dialami kerajaan negeri sebelum ini, saya menyerahkan kepada kebijaksanaan negeri untuk bincang dan putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Anwar berkata demikian bagi mengulas sama ada usaha membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah wajar diteruskan atau tidak memandangkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kini memiliki majoriti yang kukuh.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah antara cadangan disuarakan Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mengetuai kerajaan negeri dengan Parti Warisan (WARISAN) dan UMNO Sabah yang tercetus awal bulan lalu.

Namun, Hajiji tidak menjemput wakil daripada WARISAN ketika merombak Kabinet negeri baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut menggugurkan beberapa wakil UMNO lalu mencetuskan tuduhan mengatakan Kabinet baharu itu bukan atas dasar Kerajaan Perpaduan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya