HomeIsu tempatanSabah tuan rumah MMA September ini

Sabah tuan rumah MMA September ini

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Sabah akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Kebangsaan, September depan.

Pengerusi MMA Sabah, Dr. Brandon Patrick Senagang berkata mesyuarat itu akan menghimpunkan 1,000 ahli MMA dari seluruh Malaysia.

Katanya, Majlis Perasmian Makan Malam sempena AGM tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

“Selepas 22 tahun, Sabah akan menjadi tuan rumah AGM MMA peringkat nasional di salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kota Kinabalu pada 6 hingga 8 September depan.

“Mesyuarat ini akan disertai kira-kira 1,000 ahli MMA dari seluruh negeri merangkumi 500 hadir secara fizikal, manakala 300 hingga 400 lagi secara virtual.

“Mereka terdiri daripada doktor-doktor perubatan yang bekerja dalam sektor awam dan swasta,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Mengenai MMA Sabah, Dr. Brandon memaklumkan persatuan yang ditubuhkan sejak tahun 1983 itu mahu terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menjayakan projek-projek kesihatan awam demi membantu rakyat Sabah.

“Antara aktiviti yang telah kami jalankan semasa pandemik Covid-19 ialah MMA Covid-19 Fund yang telah berjaya mengumpul sebanyak RM4 juta yang disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam bentuk peralatan perubatan, Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan bantuan makmal perubatan.

“Selain daripada itu, kami banyak mengadakan program bersama masyarakat seperti saringan Human Papillomavirus (HPV) dan Suntikan Vitamin K secara percuma,” katanya.

Tambah beliau, MMA Sabah telah merancang beberapa aktiviti pada tahun ini termasuk para ahli dan masyarakat terutama golongan B40.

“Antaranya seminar, program untuk doktor junior, program sukan seperti scuba diving untuk menarik pelancong ataupun doktor dari lain-lain negeri di Malaysia.

“CSR kami merancang untuk menganjurkan medical camp di kampung-kampung dan derma darah seluruh Malaysia pada Mei ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya