Fazrul Nizam dilantik Yang Dipertua MPP PKK

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Seramai 30 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini telah dilantik bagi menggalas tanggungjawab memegang portfolio masing-masing bagi sesi 2023/2024.

Menerusi lantikan lantikan itu, pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Awam Fazrul Nizam Mausa,20,telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPP PKK.

Nizam berkata, barisan kepimpinan tahun 2023 akan terus mengorak langkah sedaya upaya untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan terbaik.

Anak kelahiran Kota Belud itu berkata, kesibukan bukanlah alasan kepada kemerosotan akademik dan menyeru rakan-rakan untuk memastikan akademik dan agama sentiasa seimbang.

Sementara itu, jawatan Naib Yang Dipertua 1 disandang oleh pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Mohammad Fadhli Arib manakala Biravinaa A/P Rajendran pelajar jurusan Diploma Ukur Bahan selaku Naib Yang Dipertua 2 .

Penyampaian Watikah Pelantikan MPP PKK tahun 2023 disempurnakan oleh Pengarah PKK, Dullah Muluk, disaksikan barisan Pengurusan Tertinggi PKK.

Dullah ketika berucap berkata, pihaknya berharap agar tampuk pimpinan yang baru dilantik akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh integriti dan komited ke arah PKK cemerlang.

“Dengan adanya idea-idea segar dalam tampuk kepimpinan anda, Pengurusan PKK dapat menyampaikan khidmat dengan lebih efisien mengikut keperluan para pelajar,”katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Md Syadiqin Awg. Adi @ Jumaat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ts. Saril Haji Yusop dan Ketua-ketua Jabatan Akademik. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *