652 murid sekolah rendah di Penampang terima sumbangan barangan keperluan sekolah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Seramai 652 murid dari tiga buah sekolah rendah di kawasan Penampang di sini menerima sumbangan berupa barangan keperluan sekolah.

Sumbangan yang disalurkan Bank Rakyat itu telah disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sugud, SK Putaton dan SK St Theresa Inobong.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau akan mengadakan siri perjumpaan dengan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah d kawasan Parlimen Penampang selepas sesi baharu persekolahan bermula.

“Selain program kecemerlangan akademik dan sukan, dan selain program CSR membantu sekolah-sekolah, saya ingin melihat bagaimana pembudayaan keusahawanan dapat dipupuk di kampus-kampus sekolah,” katanya.

Ewon turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat dan semua agensi di bawah kementeriannya kerana berjaya melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

“Antaranya Program Back To School anjuran UDA Holdings Berhad, IKMA dan kini giliran Bank Rakyat. Ini menunjukkan kementerian dan agensi amat prihatin terhadap keperluan semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *