HomeUtamaKK I-Fest disyorkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan

KK I-Fest disyorkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Bandaraya (KK I-Fest 2023) disyorkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan bagi memartabatkan kesenian Islam sejagat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, syor tersebut adalah berdasarkan kejayaan penganjuran festival yang dilihat mampu menyemarakkan nilai-nilai dakwah melalui perkongsian ilmu para tokoh-tokoh yang diundang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Program ini dilihat mampu memartabatkan seni budaya Islam dalam menyemarakkan nilai-nilai dakwah melalui acara-acara yang diadakan seperti pertandingan khat, pertandingan nasyid, pertandingan lagu-lagu dakwah selain pameran-pameran berunsur keislaman.

“Selain itu,aktiviti seperti forum dan perkongsian ilmu yang mengetengahkan tokoh-tokoh terkenal dalam dakwah Islam berjaya menyemarakkan nilai-nilai dakwah melalui seni dan budaya dalam kehidupan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selepas merasmikan Majlis Penutupan KK I-Fest di Padang Bandaran di sini semalam.

Arifin berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan tahniah kepada DBKK atas kejayaan penganjuran KK I-Fest 2023.

Beliau turut berharap agar program tersebut akan menjadi acara tahunan di peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip menyambut baik saranan Arifin dan kerajaan negeri untuk menjadikan KK I-Fest sebagai acara tahunan dengan meneroka lebih mendalam bidang seni Islam selain memperkenalkan lebih banyak aktiviti-aktiviti berunsur keislaman. 

Turut hadir, Pengerusi Baitulmal Sabah, Datuk Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia ke Sabah, Rafail Walangitan.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya