HomeIsu tempatanSeminar EUDR tumpu usaha tangani cabaran isu penebangan hutan

Seminar EUDR tumpu usaha tangani cabaran isu penebangan hutan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seminar European Union Deforestation Regulation (EUDR) anjuran Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) Universiti Malaysia Sabah mampu menjadi platform perbincangan pelbagai pihak yang menumpukan usaha menangani cabaran dan peluang berkaitan isu penebangan hutan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penebangan hutan adalah isu serius yang tidak boleh diabaikan terutamanya di negara seperti Malaysia yang merupakan rumah kepada salah satu hutan hujan tertua di dunia.

“Seperti yang kita sedia maklum, penebangan hutan mempunyai kesan yang besar terhadap alam sekitar dan kehidupan semua spesies termasuk manusia, dan adalah penting untuk kita mengambil tindakan untuk menangani isu ini.

“Sebagai sebuah universiti yang mempunyai hubungan kerjasama daripada pelbagai industri, UMS berbesar hati untuk menyediakan platform untuk perbincangan mengenai EUDR dan impaknya terhadap sektor utama Sabah seperti kayu, minyak sawit dan getah yang merupakan sumber pendapatan penting untuk kehidupan masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan seminar tersebut di Dewan Resital, UMS.

Kasim menambah, penebangan hutan telah berlaku di Malaysia sejak beberapa tahun akibat daripada beberapa faktor, termasuk penyebaran pertanian, pembalakan, dan pembandaran.

“Justeru, EUDR merupakan satu peluang dalam memberi satu seruan tentang keperluan untuk menangani isu ini khususnya Malaysia sebagai negara pengeluar.

“Walaupun peraturan-peraturan berkaitan akan terus memacu pengeluaran dalam pelbagai industri secara bertanggungjawab, kesan negatif terhadap pekebun kecil dapat dikurangkan, jika pihak berkepentingan yang terjejas bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Ujar beliau, kehadiran para pelajar dalam seminar ini satu petanda baik dan amat penting untuk mereka mengetahui tentang kawal selia landskap dan kesannya terhadap industri.

Seminar EUDR yang merupakan inisiatif awal oleh Preferred by Nature (PbN) dan dianjurkan bersama dengan Forest Stewardship Council (FSC) Malaysia dan WWF Malaysia dihadiri lebih 100 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan industri berkaitan perhutanan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya