HomeEkonomiDPMS berhasrat bina kilang OEM di Sabah

DPMS berhasrat bina kilang OEM di Sabah

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) berhasrat untuk membina Kilang ‘Original Equipment Manufacturer’ (OEM) di negeri ini.

Penasihat Hal Ehwal Ekonomi Masyarakat DPMS, Datuk Dr Abdul Sani Yahmin berkata, cadangan tersebut bertujuan bagi menyokong perkembangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mengetengahkan produk halal.

“Fokus kami adalah untuk menaikkan martabat IKS sekali gus membantu kerajaan mengembangkan ekonomi berdasarkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Selain itu, DPMS juga dalam rangka mengusahakan ladang ternakan secara berkelompok dan sistematik bagi membantu penawaran bekalan makanan serta mengurangkan kebergantungan bahan import yang memberi kesan kepada kenaikan harga keperluan asas tersebut.

“Kita menyahut seruan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan perlunya ada food security, dan ini menjadi fokus utama DPMS.

“Kebanyakan ternakan seperti lembu dan kambing adalah bahan makanan import dan tidak mencukupi untuk pasaran Sabah,” katanya.

Rombongan yang diketuai Pengerusi DPMS Abdul Baree Habeeb itu turut menyatakan hasrat ingin membina sebuah masjid di Pekan Menggatal.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya