HomeIsu tempatanInisiatif NGO beri kesedaran terhadap kanser mampu beri kebaikan kepada masyarakat

Inisiatif NGO beri kesedaran terhadap kanser mampu beri kebaikan kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 8 Second

Tamparuli : Inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan program-program kesedaran khususnya melibatkan penyakit kanser di negeri ini mampu memberi kebaikan kepada masyarakat setempat khususnya di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, ia terbukti menerusi pelaksanaan program kesedaran kanser di Kampung Bontoi yang memberi fokus kepada masyarakat luar bandar.

“Pada hari ini saya gembira dengan pencapaian Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) yang berjaya menganjurkan pelbagai program kesedaran kanser di negeri ini.

“Selain berjaya mencapai matlamat penubuhannya, ia juga telah berupaya membantu ramai wanita berusia 40 tahun dari pelbagai daerah di negeri ini untuk menjalani pengesanan awal kanser payudara dan kanser servik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program kesedaran kanser di Kampung Bontoi di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, PSKS juga telah berjaya merealisasikan impian untuk memiliki rumah penginapan untuk pesakit kanser di rumah yang disewa di Kingfisher.

“Syabas dan tahniah kepada PSKS atas kejayaan membantu dari segi penginapan kepada pesakit kanser dari luar bandar yang menjalani rawatan jangka panjang di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

“Usaha-usaha murni PSKS ini perlulah mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Saya juga menyeru agar semua pihak dapat turut menyumbang kepada PSKS bagi meringankan bebanan kewangan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid berkata, pihaknya akan terus mengalu-alukan Dan menyokong penganjuran program bermanfaat seumpama ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya