100 asnaf, 34 masjid, 44 surau DUN Lumadan terima sumbangan Ramadan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 30 Second

BEAUFORT: Seramai 100 orang asnaf, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menerima sumbangan Ramadan sempena Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid dan Surau DUN N34 Lumadan di perkarangan masjid Darul Ikhwan Desa Lestari Kg Suasa dekat sini semalam.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam menyempurnakan penyampaikan sumbangan tersebut.

Ruslan berkata, selain golongan asnaf, sumbangan juga turut disampaikan kepada 34 buah masjid dan 44 buah surau di DUN Lumadan.

Beliau berkata, program seumpama ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan berbuka puasa bersama-sama para pengerusi masjid dan surau serta serta 100 orang asnaf.

“Sudah tentu dengan adanya program seumpama ini, kita telah pun memberikan sumbangan kepada masjid dan surau dimana sebanyak 34 buah masjid dan 44 buah surau di DUN N34 Lumadan.

“Maknanya dapat membantu mereka mengimarahkan lagi masjid dan surau sempena bulan Ramadan tahun ini,” katanya semasa merasmikan majlis itu.

Menurutnya, Pengurus Besar Perkasa Realty Sdn Bhd Mat Saidi Minting juga turut menyampaikan sumbangan.

“Sudah tentu ianya dapat memberikan impak kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Selain berbuka puasa, acara lain seperti mendengar tazkirah, menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak serta melaksanakan solat sunat Tarawih bersama-sama di situ.

Hadir sama memeriahkan majlis Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah bersama isteri Datin Norain Kipli, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr Omar Raisul As – Salam Syah Datuk Sulaiman Omar, Pegawai Eksekutif Perbandanan Baitulmal Negeri Sabah, Dr Awang Faisal Assyiffa Ag Rahim, Timbalan Pengerusi Biro Agama DUN Lumadan, Ustaz Sarudi Samali, PPM Lumadan, Diuslin Agustin, Ketua Daerah Lumadan, OKK Tajudin Asari, Pengerusi Masjid Darul Ikhwan Desa Lestari Kg Suasa, Ustaz Measin Saruju, Pemimpin-pemimpin Masyarakat, Pengerusi Pengerusi JPKK, Seluruh warga kerja pejabat Adun dan UPPM Lumadan serta penduduk kampung Suasa dan kampung berhampiran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *