HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan lima PATI cuba seludup masuk Labuan

Maritim Malaysia tahan lima PATI cuba seludup masuk Labuan

Read Time:1 Minute, 4 Second

LABUAN: Lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(Maritim Malaysia) di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut Labuan, pada jam kira-kira 10.30 pagi tadi. (26 Mac)

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot peronda yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera telah mengesan bot kayu berwarna biru, putih dan hijau telah bergerak laju dalam keadaan yang mencurigakan dari Menumbok ke Labuan.

“Pemeriksaan mendapati tekong dan
penumpang kesemuanya adalah PATI yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bot kayu melakukan kesalahan belayar keluar dari had pelayaran yang dibenarkan.

“Kesemua PATI yang ditahan merupakan warga Filipina yang berumur lingkungan lima tahun sehingga 40 tahun.

“Bot kayu dan kesemua yang ditahan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk
siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS). Jika sabit kesalahan, Mereka akan didenda tidak lebih 10 ribu ringgit atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang salahlaku jenayah di laut,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

51 pelajar sertai Bengkel Perpustakaan OPAC, u-Pustaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular