HomeUtamaJawatankuasa penyelaras pembangunan keusahawanan perlu ditubuhkan

Jawatankuasa penyelaras pembangunan keusahawanan perlu ditubuhkan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Sabah perlu menimbangkan langkah Sarawak untuk menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras pembangunan keusahawanan di Sabah yang dipengerusikan bersama seorang Menteri Negeri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, menerusi jawatankuasa itu, pegawai semua agensi perlu diwakili semasa mesyuarat berkala.

“Jawatankuasa itu juga akan bertindak sebagai sekretariat sehenti untuk menyebarkan maklumat berkaitan kepada semua rakyat Sabah supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dan bantuan yang ditawarkan oleh agensi persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Ewon memberi taklimat kepada Masidi mengenai pelbagai agensi di kementerian Persekutuan yang menawarkan perkhidmatan dan bantuan kepada Sabah, khususnya pembangunan keusahawanan.

Ewon berkata, terdapat 66 agensi Persekutuan yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan, masing-masing mempunyai peruntukan bajet sendiri, inisiatif dan program yang memenuhi keperluan masyarakat.

Katanya, menerusi jawatankuasa seumpama itu akan dapat menyelaraskan kesemuanya untuk berkhidmat dan membantu rakyat di Sabah dengan lebih baik selaras dengan arahan kerajaan Negeri.

“Bagaimanapun, penubuhan jawatankuasa ini memerlukan keputusan Kabinet Negeri dan saya amat berharap perkara itu akan dibawa untuk perbincangan dan keputusan dapat dibuat segera.

“Di pihak saya, saya akan memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri untuk menyokong agenda negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ko-Nelayan berjaya capai prestasi pembangunan, inisiatif sepanjang 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya