HomeSukanLaporan perubatan tentukan nasib empat tonggak Sabah FC

Laporan perubatan tentukan nasib empat tonggak Sabah FC

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Empat tonggak utama Sabah FC dijangka masih belum dapat diturunkan pada aksi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim malam esok. 

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, ini kerana empat pemain yang terlibat itu masih mengalami kecederaan.

“Mereka iaitu Telmo (Castanheira); Saddil (Ramdani); Jailton (Paraiba) dan Gary (Steven Robbat) yang kini masih mengalami kecederaan. 

Telmo

“Jadi saya harus teliti dan menunggu laporan daripada doktor pasukan untuk menentukan sama ada mereka boleh diturunkan ataupun tidak, ” katanya.

Sementara itu, Kim Swee percaya aksi perlawanan menentang JDT merupakan satu perlawanan yang sangat menarik sekali gus berharap agar skuad kendaliannya dapat mengekalkan momentum menjelang pertemuan malam esok.

“Tidak dinafikan pasukan JDT merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai liga namun kita tetap akan cuba memberi saingan yang sengit di mana saya percaya perlawanan pada hari jumaat nanti merupakan satu perlawanan yang cukup menarik.

“Justeru saya harap pasukan Sabah FC dapat mengekalkan momentum kita pada perlawanan menentang JDT pada hari jumaat nanti, ” katanya.

Sabah FC kini berada ditangga kedua liga memungut 13 mata dibelakang pencabar utama JDT. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya