HomeUtamaPolis tidak terima sebarang tuntutan tebusan - Acryl

Polis tidak terima sebarang tuntutan tebusan – Acryl

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Setakat ini pihak polis masih belum menerima sebarang tuntutan sebagai tebusan membabitkan kehilangan seorang penyelia kedai emas di daerah Semporna sejak 10 hari lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan individu tersebut.

“Sepanjang 10 hari lalu, siasatan dan risikan kita buat akan melihat pertamanya dari sudut jenayah adakah ia merupakan jenayah culik yang menuntut wang tebusan tetapi setakat ini kita tidak terima sedemikian.

“Begitu juga di tempat kerjanya, sebab beliau bekerja sebagai penyelia di kedai emas milik sepupunya dan kita semak mungkin berlaku perkara yang membabitkan urus niaga, pun setakat ini tidak berkesan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian, dengan mengeluarkan satu kenyataan media iaitu menurutnya pada 22 Mac lebih kurang jam 9.15 pagi pihak Balai Polis Semporna ada terima aduan satu laporan polis mengenai orang hilang bernama Gan Ka Keat, (gambar) lelaki berbangsa Cina, masih bujang dan berumur 31 tahun.

“Gan kali terakhir keluar daripada rumah di Kampung Perigi Semporna pada 20 Mac lalu, jam 12.00 tengahari dan sehingga kini masih belum ditemui,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya