HomeIsu tempatanMPWS santuni 50 anak yatim dari tiga institusi

MPWS santuni 50 anak yatim dari tiga institusi

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Seramai 50 anak yatim dari tiga buah institusi diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di sini kelmarin.

Pengerusi MPWS, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, mereka yang terlibat adalah daripada Rumah Anak Yatim Amal Kasih Taman Kingfisher Likas, Maahad Tahfiz As Sohabah, Tuaran dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Kota Kinabalu.

“Majlis ini adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan Ramadan bagi menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.  

“MPWS berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim ini dan berharap majlis sebegini sedikit sebanyak dapat memberikan senyuman kepada mereka di bulan mulia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak yatim pada majlis berbuka puasa itu.  

Tarsiah berkata, MPWS turut mengadakan program ziarah kasih ke rumah-rumah anak yatim di sekitar kawasan Lok Kawi, Sembulan dan Tanjung Aru bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan tazkirah ringkas bertajuk ‘Fadilat Bersedekah’ yang disampaikan oleh Pengerusi Maahad Tahfiz As Syafie Tuaran, Anuar Ali.

Hadir sama, Ahli-ahli Jawatankuasa Induk MPWS, Prof. Madya Dr Imelda Albert Gisip, Dr Nirmal Kaur, Kapitan Eliza Goh serta kakitangan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya