HomeIsu tempatanIbu bapa perlu lebih proaktif awasi, ambil tahu aktiviti diceburi anak

Ibu bapa perlu lebih proaktif awasi, ambil tahu aktiviti diceburi anak

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Golongan ibu bapa perlu bertindak lebih proaktif dalam mengawasi dan mengambil tahu segala aktiviti yang diceburi oleh anak-anak mereka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kesibukan kerja menjadi antara alasan dan bimbang jika situasi itu berterusan selain tugas mendidik anak-anak diserahkan kepada satu pihak sahaja.

“Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita pening melayan perangai tiga atau empat orang anak. Bayangkan tahap kesabaran seorang guru menangani 35 hingga 40 orang pelajar dalam satu kelas.

“Satu penghormatan harus diberikan kepada para pendidik yang begitu komited dalam melaksanakan amanah dan tugas mereka. Saya berharap jalinan kepercayaan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa dapat dibentuk melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St James Tenghilan di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, golongan ibu bapa juga merupakan penentu sama ada anak-anak terdidik dengan nilai -nilai murni selain mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan segala gejala negatif di luar rumah.

“Jelaslah, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenangnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah.

“Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid berkata, kegawatan ekonomi global turut memberikan kesan menyebabkan ibu bapa menghadapi kesukaran dalam memenuhi permintaan anak-anak termasuklah hal-hal yang melibatkan belanja persekolahan.

“Saya berharap ibu bapa tetap memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah dan berganding bahu membantu melancarkan program-program yang direncanakan oleh pihak sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya