HomeIsu tempatanKYS eratkan silaturrahim bersama komuniti

KYS eratkan silaturrahim bersama komuniti

Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tawau : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui Zon Pantai Timur Selatan baru-baru ini telah mengadakan majlis Iftar yang diadakan bertempat di Masjid Nurud Dakwah Kampung Kijang Merotai Tawau.

Majlis yang turut dihadiri Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman itu turut dihadiri seramai 150 orang penduduk sekitar kampung berkenaan.

KYS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bulan Ramadan memberi peluang untuk masyarakat khususnya umat Islam untuk berhubung semula dengan keluarga dan rakan-rakan selain memupuk ikatan silaturrahim.

Pada majlis itu, sebanyak 50 buah bakul makanan turut disampaikan kepada golongan asnaf di Kampung Kijang.

Majlis tersebut turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para hadirin selain memuji inisiatif KYS dalam penganjuran majlis Iftar di kampung tersebut.

Pengerusi Masjid Nurud Dakwah, Idris Masaliku berkata, majlis itu merupakan satu wadah yang amat bermakna kepada golongan asnaf di samping mewujudkan silaturahim yang erat antara penduduk Kampung Kijang dan warga KYS.

Kepentingan program Iftar ini mewujudkan peluang penting bagi KYS dalam mengukuhkan hubungannya dengan masyarakat setempat.

Dengan mendekati mereka yang memerlukan, KYS menunjukkan komitmen terhadap kebajikan rakyat.

Pada masa yang sama, majlis tersebut menyediakan platform bagi KYS melibatkan diri dengan masyarakat secara bersemuka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya