HomeUtamaJetama serah sumbangan Ramadan sebanyak RM100,000 & 1,500 kotak kurma

Jetama serah sumbangan Ramadan sebanyak RM100,000 & 1,500 kotak kurma

Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan RM100,000 Sumbangan Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jetama Datuk Yussof Abd Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma.

Sumbangan yang akan diagihkan kepada pelbagai organisasi itu diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya.

Sebelum ini, Ketua Menteri turut membincangkan isu mengenai bekalan air. Jetama telah berkonsesi untuk mengendalikan pengagihan bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar Lo Ho Min.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular