HomeIsu tempatanKTYS santuni pengamal media dalam Majlis Iftar

KTYS santuni pengamal media dalam Majlis Iftar

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) menghargai dengan menyantuni pengamal media dalam satu Majlis Iftar, berbuka puasa bersama-sama dengan kakitangan KTYS di sini pada Selasa.

Majlis yang berlangsung di Shangri La Tanjung Aru Resort dihadiri kira-kira 30 orang pengamal media dari pelbagai organisasi di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif KTYS, Haji Samin Ongki berkata, majlis ini diadakan selain mengeratkan silaturrahim, ia juga bagi meraihkan para pengamal media yang sentiasa menyokong perkembangan kolej itu.

“Sebenarnya orang awam ataupun warga pendidik seperti kami ini, kami tidak dapat membalas jasa media ini, jadi salah satu caranya dengan meraikan mereka dalam majlis seumpama ini.

“Saya gembira majlis ini turut dihadiri pelbagai lapisan bangsa, agama dan kepercayaan, kita saling hormat menghormati dan kita berbuka puasa bersama-sama.

“Kita memang tidak boleh bergerak sendiri maka media sangat memainkan peranan penting, kami menghargainya dan saya berharap kita dapat terus menjalinkan kerjasama selain ketua-ketua jabatan di kolej ini juga memainkan peranan supaya bukan sahaja mendapat pelajar yang ramai tetapi juga terus dapat melahirkan insan-insan yang hebat untuk negeri Sabah yang tercinta ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Iftar KTYS Bersama Media.

Sementara itu, Haji Samin turut memaklumkan KTYS juga akan mengadakan Hari Terbuka pada 5 dan 6 April ini di Kampus Teknikal Likas manakala 13 dan 14 April ini di Kampus Induk Sembulan. Program akan bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya