HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan kapal tangki atas lima kesalahan

Maritim Malaysia tahan kapal tangki atas lima kesalahan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Labuan :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah kapal tangki atas lima kesalahan yang dilakukan di kedudukan 25 batu nautika barat laut Pulau Labuan pada jam 1 petang, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata, dalam operasi yang dilaksanakan pihaknya telah melakukan pemeriksaan rutin terhadap kapal tangki yang berdaftar di Malaysia.

“Hasil pemeriksaan ke atas dokumentasi kapal, pihak Maritim Malaysia telah menemui beberapa kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 antaranya gagal mempamerkan dokumen insurans kapal, gagal mempamerkan dokumen Port Clearance, serta gagal mempamerkan dokumen senarai krew yang sah.

“Semasa diperiksa, kapal terbabit dikendalikan oleh seorang kapten kapal bersama tujuh orang krew terdiri daripada warganegara Malaysia, Filipina, dan Myanmar yang berusia lingkungan 21 hingga 47 tahun. 

“Pemeriksaan juga mendapati kapten bersama ketua jurutera gagal mempamerkan dokumen kompetensi dan kelayakan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafiz berkata, kapal bersama kapten dan kesemua krew telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut. 

Katanta, kes disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut. 

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut atau kes mencari dan menyelamat khususnya di perairan Labuan boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,”katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya