Cuaca Panas : Enam kawasan di Semenanjung berada pada tahap 1, Sabah dan Sarawak dalam pemantauan

Read Time:34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebanyak enam kawasan di Semenanjung kini berada pada tahap satu (berjaga-jaga) berikutan keadaan cuaca panas yang berlaku di negara ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Kubang Pasu, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol.

Suhu maksimum harian bagi tahap satu (berjaga-jaga) adalah antara 35 darjah celcius hingga 37 darjah celcius yang dijangka berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Manakala bagi semua kawasan di Sabah dan Sarawak kini dalam pemantauan.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” menurut kenyataan itu di sini petang tadi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.