HomeUtamaTarbin Penjana Tenaga Bebas terpelantik punca gangguan bekalan di beberapa daerah di...

Tarbin Penjana Tenaga Bebas terpelantik punca gangguan bekalan di beberapa daerah di Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di negeri ini sejak pagi tadi adalah disebabkan Tarbin Penjaga Tenaga Bebas terpelantik akibat masalah teknikal.

Berikutan itu, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)  Ir. Idris Mohd Noor berkata, usaha bagi memulihkan bekalan secara berperingkat sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal SESB.

“Beberapa kawasan di negeri ini telah mengalami gangguan bekalan elektrik pada hari ini bermula jam 10.30 pagi tadi yang disebabkan oleh Tarbin Penjana Tenaga Bebas terpelantik akibat masalah teknikal.

“Bagi memastikan frekuensi grid di Grid Sabah, mekanisme Skim Perlucutan Beban Automatirik (Under Frequency Load Shedding-UFLS) telah diaktifkan bagi mengelakkan sistem grid daripada lumpuh sepenuhnya.

“Sistem telah mengalami lucutan beban sehingga 55MW dan untuk memastikan kestabilan grid, SESB terpaksa melaksanakan catuan bekalan bagi menangani permintaan beban di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata, proses pemulihan bekalan yang sedang giat dilaksanakan secara berperingkat itu dijangka akan kembali normal sepenuhnya pada malam ini.

“Pemulihan bekalan dilaksanakan secara berperingkat dan SESB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna,” katanya.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Careline SESB 15454, 088515000 atau melalui Whatsapp 0198525427, SESB Careline Facebook, SESB Twitter untuk sebarang pertanyaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKIA bakal dinaik taraf bermula tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular