Tiada unsur sabotaj dalam laporan akhir siasatan nahas ‘Double Six’

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Tiada unsur sabotaj didapati dalam laporan akhir siasatan nahas ‘Double Six’ pada 1976 yang mengorbankan 11 orang, termasuk ketua menteri Sabah Allahyarham Tun Fuad Stephens.

Laporan setebal 21 muka surat itu mula didedahkan kepada umum hari ini oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Menurut laporan itu, punca kemalangan disebabkan juruterbang pada ketika itu hilang kawalan ke atas pesawat.

Manakala pesawat berkenaan diselenggara mengikut jadual dan muatannya juga mengikut had berat yang telah ditetapkan.

Laporan terperinci nahas ‘Double Six’ boleh dilayari menerusi laman web rasmi Kementerian Pengangkutan di pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *