HomeUtamaKerajaan lancar 'Malaysia-Sulucase.gov.my', dedah fakta sebenar

Kerajaan lancar ‘Malaysia-Sulucase.gov.my’, dedah fakta sebenar

Read Time:1 Minute, 44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan hari ini melancarkan laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my yang merupakan sebuah repositori maya bagi semua maklumat berkaitan kes tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Jamalul Kiran II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said; Menteri Luar Negeri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Kenyataan bersama itu berkata, laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my itu adalah satu langkah Kerajaan untuk memberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan di pelbagai bidang kuasa yang betul dan sahih.

“Terdapat pelbagai kemusykilan pada ‘fakta-fakta’ kes yang dikemukakan oleh pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu.

“Antaranya, sehingga kini, tidak ada apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa penuntut-penuntut ini benar-benar waris kepada Sultan Sulu.

“Ini berbeza dengan kes Kerajaan Malaysia, yang mana adanya laporan Suruhanjaya Cobbold 1963 di mana Sabah telah membuat pilihan untuk bersama-sama dengan Semenanjung dan Sarawak bagi membentuk Negara Malaysia,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Memandangkan Malaysia kini sedang berhadapan dengan prosiding di beberapa buah negara Eropah (Sepanyol, Perancis, Luxembourg, dan Belanda), adalah penting bagi memastikan penyebaran maklumat kes ini adalah tepat sekaligus menafikan penyebaran berita yang tidak benar dan palsu.

Dalam pada itu, laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my akan dikemaskini selari dengan perkembangan semasa kes yang sedang berlangsung, serta boleh diakses dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol, dan Tagalog.

“Ini bagi membolehkan pelbagai pihak serta media antarabangsa mengikuti dan memahami kes ini melalui fakta dan informasi sebenar yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia.

“Kerajaan berharap rakyat Malaysia akan mengakses serta mengikuti kes ini dengan teliti melalui laman sesawang yang dibangunkan ini kerana sebarang keputusan yang memihak kepada pihak penuntut akan mempunyai kesan besar dan serius kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

“Kerajaan Malaysia akan terus memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan, dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan ini,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya