HomeUtama182 tahanan warga Indonesia dihantar pulang - JIM Sabah

182 tahanan warga Indonesia dihantar pulang – JIM Sabah

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah (JIM Sabah) menghantar pulang seramai 182 orang tahanan warganegara Indonesia menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri 9/2023 melalui Pelabuhan Tawau Ke Pelabuhan Nunukan semalam.

Program pemindahan tahanan warganegara Indonesia dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Malaysia, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pecahan tahanan yang dipindahkan balik ke negara asal secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka Indonesia pada 11 April 2023 terdiri daripada 145 orang (lelaki), 31 orang (perempuan), dan anak-kanak berumur 12 tahun ke bawah 6 orang.

Katanya, bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 13 tahun sehingga 57 tahun. Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Proses pemindahan tahanan dengan iringkawal masuk sehingga ke dalam Vessel (Laut) Nunukan Express dan Malindo Express,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sh Sitti, ke semua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

“Oleh itu, semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen premalignant yang sah dan permit kerja yang dibenarkan ( untuk bekerja di Negeri Sabah, Malaysia) terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini. Semua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” tegasnya.

Beliau berkata, Operasi Pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

“Jabatan ini ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pengusiran ini
khususnya Kerajaan Negeri Sabah, pihak Konsulat Jenderal Republic Indonesia, PDRM, ESSCOM, Lembaga Pelabuhan Dan Dermaga Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia Negeri Sabah, APMM, ATB2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Sabah.

“JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya